Assalamualaikum
sekarang saya dah kembali disisi suami di Perak. happy sangat sebab boleh luah semua perasaan dan bercerita dan bercerita dan bercerita. ^_^
kali ni nak cerita pasal gangguan2 semasa mengandung. bukan la gangguan dari mahluk halus or jin ke apa. tapi nak cerita gangguan2 or masalah semasa mengandung.
sepatutnya sebelum balik perak haritu..saya kena jumpa doktor kt KK Sening utk review kes BP saya tu. tapi hari tu ramai sangat org yang kena jumpe doktor. nurse tu suruh saya datang keesokkan harinya. tapi sbb saya nak balik perak..saya kena jumpe doktor kat perak lusanya. tak sangka petang rabu tu jugak nurse dari perak call tanya pasal appointment saya dengan doktor. jadi memang nurse suh datang hari lusa tu la, jumaat.
pagi jumaat tu..saya macam biasa senang hati je kalau nak ke klinik. lepas ambil nombor..gi makmal utk test urine. biasanya lepas dpt result makmal..saya teruja nak tgk samana negatif ke or ada masalah. hari tu..tak tengok plak. ingatkan macam biasa je 'negatif' . pass buku pink kat nurse.. nurse cakap..air kencing saya ada kandungan gula! dan kencing kotor! terus rasa macam... eh! apa penyebab kencing kotor semua ni. time tu..fikir baby. je. sbb balik johor aritu..tengok anak sedara yang baru lahir tu..mata dia asik bertahi. nurse sana kata sebab ibunya kencing kotor.
tak nak la..anak saya pun macam tu. kesian dia nanti. saya tanya nurse..apa menyebab kencing kotor? nurse kata.. kalau macam 1.++ macam tu..maknya tak kritikal. mungkin sebab kurang minum air masak. atau baru lepas bersama dengan suami..dan cuci tak berapa bersih. kalau result 3.++ macam tu..mungkin ada masalah kelamin.
jadi saya tak risau la sbb result saya 1.++. mungkin sebab semalamnya dalam bus tu..saya kurang minum. memang kurang minum pun. sebab kalau minum banyak nanti asik nak terkencing. bus bukan nak berenti banyak kali pun.
jadi disebabkan kencing kotor dan ada kandungan gula dalan urine...saya kena minum air gula awal. next week kena datang klinik utk minum air gula. nurse yg serve saya tu kata.." memang biasa mengandung sulung ni memang banyak gangguan. jadi memang kena jaga betul2. kalau ambil tak kisah..makan ikut suka..makan pun yang manis2..memang banyak la gangguan2 tu".
oklah stop dulu. nak gi kenduri kawen. daaa

No comments:
Post a Comment