Monday, 2 June 2014

ALLAH Maha Berkuasa. ALLAH Maha Besar.


Assalamualaikum.
 dah lama sangat saya nak buat entry ini. tapi..asik tertunda2. antara sebabnya malas, tak berani, takde idea utk buat ayat yang sesuai. ini pun dari pagi saya ngadap komputer. tp..asik berfikir dan berfikir apa tajuk yang sesuai untuk entry kali ini.
 sebenarnya masih takde kekuatan..keberanian utk beritahu dunia apa yang berlaku kepada saya. tapi..bila fikir makin banyak peristawa/perkara yang saya akan lupa untuk dicatatkan dalam blog ini..akhirnya saya buat juga entry ini. bahasa melayu saya memang cukup2 makan je masa SPM..jadi ayat atau jalan cerita yang saya akan ceritakan ni..memang akan berterabur dan ayat terbelit2. harap tak la membuat pembaca pening.

setelah 6 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama lelaki pilihan hati dan pada usia menjangkau 33 tahun..saya disahkan hamil! Alhamdulillah. syukur sangat. dan rasa sangat takjub dengan kekuasaan Allah. Dia Maha Berkuasa.

sebelum saya dapat tahu yang diri ini hamil...saya rasa nak makan sesuatu yang masam. saya ni pengemar tomyam. jadi saya buat la tomyam. tapi saya rasa tomyam yang saya buat tu tak cukup masam. esok2nya ajak suami gi makan kat luar. saya order tomyam. tp pun masih tak dapat masam yang saya mahukan. tekak ni masih rasa sesuatu yang perlu saya hilangkan. (tak tahu pun masa tu..tu rasa macam nak loya). tetiba teringat segala tomyam2 yang saya pernah makan sebelum ini. terutamanya tomyam yang saya makan masa pergi betong,thailand dulu. ye la..tomyamkan berasal dari thailand. jadi saya memang berharap sgt dapat makan the real tomyam. ada 1 hari tu..saya tertidur diwaktu pagi! dalam pukul 8-10am macam tu. saya sendiri macam pelik dengan diri sendiri. sedangkan saya bukan jenis yang tidur pagi2 ni. walaupun takde ape nak buat..saya tak pernah tidur depan tv diwaktu pagi. esoknya..saya jd kerap muntah. muntah air. badan jadi tak larat la..sebab asik muntah.  suami syak saya mengandung. "abang rasa ica pregnant la". hmm...baru saya pun terfikir perkara yang sama. tapi tak mengharap sangat. sebab saya ni memang selalu jugak la diserang muntah2/loya2 sebelum2 ini. (mcm cerita ombak rindu..izzah diserang muntah2/loya2 time period. hehe..tetiba ombak rindu plak). pagi tu suami pergi pekan gerik..ada urusan. jadi saya kirim suh beli pregnant tester. saya suh beli 2. selalunya saya memang standby pregnant tester kat rumah. kalau period mai lambat saya test la. dan selalunya kecewa.(period saya tak menentu. kadang lambat kadang cepat). saya kirim sekali beli makanan kat luar sebab saya memang tak larat nak masak. kirim jugak suh beli 'asam kecut' sebab tekak saya rasa sangat loya. hari itu 5/4/2014. hari jumaat. bila suami saya gi solat jumaat..saya baru la nak gi mandi. tapi rasa tak sabar pulak nak buat urin test.patutnya tunggu pagi esok. dalam keadaan tak larat tu..saya ambil 1  pregnant tester tu. saya duduk kat kerusi meja makan. saya genggam..dan dalam masa yang sama saya berdoa.. "Ya Allah, Engkau Maha Berkuasa. semoga aku mengandung. semoga positif. jangan negatif. semoga ada 2 line" sambil berderai air mata.
saya pun melangkah kebilik air. saya buat urin test. bila saya titikkan urin kat tester tu..saya tengok cepat je line pertama tu merah..dan terus berharap line kedua pun akan merah. berdebar2 nak tunggu line kedua tu merah. dalam hati berdoa..'mintak2 line kedua merah' dan terus line kedua pun merah dengan jelasnya!
terus saya menangis. mengigil2 saya pengang tester tu. rasa syukur sangat2. sebelum ni ntah dah berpuluh2 kali buat urin test. tapi tetap 1 line. jadi bila 2 line ni..rasa macam tak percaya. otak saya kata..'tester tu rosak kot. ntah2 dah expired ke'. cepat saya tgk expired date tester tu. 2 tahun lagi. 'ntah2 tak betul kot sebab buat dah petang.'
lepas bersihkan diri..tak sabar tunggu suami balik dari solat jumaat. time tu saya terus belek2 pregnant tester tu. baru saya terfikir. 'eh! line pertama tu la result. line kedua tu..memang akan merah bila kena urin. bukan ke selama ni aku memang berharap line pertama tu merah'. tergelak dalam hati. bila suami balik..cepat2 saya tarik tangan dia. dia macam heran la..sebab muka saya sedih. saya tunjukkan alat tester tu. dia tercengang2. tak faham. padahal sebelum2 ni selalu je saya tunjuk yg 1 line tu. saya tunjukkan sampul tester tu. dia tengok. "abang tak faham. mengandung ke ni?" saya angguk. terus dia capai tangan dan cium tangan saya. makin lebat air mata saya. "lepas ni orang tak boleh mengata abang lagi" kesian suami..dia selalu kena perli dengan kawan2 dan pakcik2 kat felda ni. tapi dia hadam je sorang2. saya tak mampu berkata apa2. hanya menangis. suami gembira dan peluk saya. dia tnya kenapa saya nangis...saya kata..takut alat tu tak betul. suami cakap.."takpe..esok pagi test lagi. nanti kita confirmkan kat klinik".
sepanjang hari tu..saya hanya bersedih. tak tahu nak kata..sedih sbb sedih..atau sedih sebab gembira. bercampur baur.
esok paginya saya bangun terus buat urin test lagi. masih 2 line. tapi hati berkata..jangan berharap sangat. walaupun sebenarnya sangat berharap. tak sabar nak share dengan adik beradik dan mak. tapi hati saya kata...nanti dulu..tunggu confirm dari klinik dulu baru bagitau diaorang. haritu sabtu. jadi kena tunggu isnin untuk pergi klinik kesihatan.



No comments:

Post a Comment