Wednesday, 4 June 2014

Berat badan naik mendadak semasa mengandung

pagi ini saya lengkapkan lagi lawatan saya ke klinik kesihatan (KK) Lawin. selalunya kalau gi klinik pukul 9pagi baru saya bersiap2. dalam 9.30 atau 10 baru sampai klinik. tapi hari ni saya memang dah cakap banyak kali dengan suami..sebelum pukul 8 lagi saya nak terpacak kat depan klinik. hehe..tapi kul 8.15 gak baru sampai klinik. cakap beria2. tp lambat juga. saya la tu yg lambat..7.30 bagu terkedek2 nak gi mandi. saya bersiap dengan penuh ceria. siap menyanyi2 kecil lagi [drama]. dengan harapan..hb semua ok. batuk saya pun dah ok. mual muntah loya semua dah boleh katakan takde. jadi happy la.dengan harapan baby kat dalam pun ok dan sihat.

sumber gambar: google

sampai2..tengok orang tak ramai..ambil nombor..dapat nomor 8. mesti cepat la ni. tgk..nombor pun bilik doktor tak panggil lagi. ada seorang orang mengadung sebelum saya. ok tu. tak perlu tunggu lama. sampai giliran nurse panggil utk timbang. lepas timbang..masuk bilik. tup2..dia bgtau berat saya 60.2kg. alamak! 2kg naik dalam masa 2 minggu. omaigod! saya risau gak kalau kena bebel ke apa. cepat2 saya bagitau saya sentiasa rasa lapar. kalau tak makan nanti muntah. tp nurse tu baik je. ramah lagi. siap bercerita yg dia pun masa mengandung macam tu. dia bgtau la saya kemungkinan2 kalau berat naik mendadak ni. antaranya
  •  akan dapat kencing manis semasa mengandung  - mungkin berat naik mendadak sebab air ketuban banyak. air ketuban banyak tu..maknanya kita ada kencing manis. 
  • tekanan darah tinggi - boleh menyebabkan sawan mengandung. bila kena sawan ni. kemungkinan baby akan mati dalam perut.

  •  kena minum air gula awal - ditakuti ada kencing manis le tuuu.. (ramai cakap minum air gula ni sesuatu yg mengerikan..jadi saya pun turut ngeri)
bila nurse bgtau macam tu...saya terasa takot sangat. mungkin dia nampak air muka saya yang berubah. terus dia tenangkan. dia kata..'ini kemungkinan2 je. bukan kita nak takotkan awok' (nurse org kelate)' kita kena bgtau benda2 ni. untuk mengelakkan perkara yg tak eloklah'.

disebabkan kenaikkan berat badan yang mendadak tu. 2 hari sekali saya kena gi klinik utk cek air kencing dan tekanan darah. hari ahad pun kena pergi! aduiii..busannya kena gi klinik selalu.sedangkan 2 minggu sekali ni pun..rasa mcm dah busan. hahaaa.

lepas nurse bagi ceramah dan bercerita. time cek perut plak. dia tekan2 perut saya. dia kata..buat relak. dah relak da. rupanya dia rasa perut saya keras. dia cakap baby saya macam besar. macam tak padan dengan usia 14 minggu. siap tanya saya banyak kali..dah rasa gerak belum. dia cakap kalau 14 minggu bawah pusat lagi. tp ni dah macam atas pusat sikit. saya jadi risau. dalam hati berdoa supaya baby ok. nurse ambil alat ape ntah. dia tekan2 perut saya dgn alat tu. saya tnya. alat ape tu? nurse cakap 'ni untuk dengar jantung baby'. terus saya teruja. teruja sangat nak dengar bunyi jantung baby saya. tapi tak dengar pun. agak kecewa di situ. saya pun cakap kat nurse..mungkin perut keras sebab makan banyak. nurse kata ada kemungkinan. sebab tak dengar lagi bunyi jantung baby..dia kata..mungkin kat bawah lagi ni. rasa lega sikit.

tapi nurse kata perkara tu tak pelik sangat. jadi saya pun ignore je lah. lepas tu balik. sementara tunggu suami datang ambil. saya call kak ngah saya yang tengah ngandung gak tu. kak ngah dah 28 minggu. call dia nak tnya kalau dia pernah hadapi masalah yang sama. masalah berat naik banyak ni. dia cakap dia pun pernah masa awal2. tapi sekali tu je. pastu dah ok. kakak cakap takde ape..cuma cek air kencing dgn tekanan darah je. jadi saya lega sikit la dengar kan. tak la risau sangat dengan cerita nurse tu yg ada kes kat lenggong ibu mengandung kena sawan. ngggeee...ngeri. minta di jauhkan.

No comments:

Post a Comment