Monday, 20 January 2014

Family Day..Seronok Berkumpul

salam pembaca,

semalam saya selongkar album picture dalam pc saya ni. selongkar punya selongkar..sambil mengingat kenangan-kenangan, saya jumpa album family day 2012. 

saya buat kek ni..khas untuk family day kami. masa tu memang tengah gile buat kek :)

saya tak ingat la masa tu cuti apa. sebab ayah memang cari time cuti sekolah memandangkan akak and abg ipar tu cikgu.
family day ni di adakah di rumah saya di Perak. sehari sebelum family day..adik saya yang bongsu sampai dari Penang. esok petangnya berduyun-duyunlah adik beradik saya, mak ayah semua datang ke rumah saya. kak ngah saya yang cikgu tu..bawak mak and pak mertua dia. so memang penuh la rumah sewa saya yang kecik ni. tetiba rumah saya yang selalunya sunyi jadi meriah sangat. malam tu kitaorang buat bbq. bakaq ayam. tak sempat la ambil gambar. sibuk di dapur. malam tu berhimpit-himpit lah kami tidur.
keesokan harinya kami buat beberapa aktiviti/ permainan untuk suka-suka. nak bagi meriah lagi. dapat mengeratkan lagi hubungan kami adik beradik.

ni main teka apa ntah. lupa. mihmih..dekat chalet lata lawin
banyak jugak game yang kitaorang main. 
bawa bola dalam sudu, ikat kaki dll. siap ada hadiah lagi utk mereka yang menang.
semua ni di siapkan oleh kak long saya. yang pakai baju oren tu.


keesokkan harinya ayah rancang nak pergi bukit merah. ayah kata dia teringin nak pergi sana.
walaupun tak semua yang dapat join sebab ada hal penting..tapi sebahgian besar dari kami tak melepaskan peluang untuk bersama keluarga.

                                  







oh ya..family day kami ni diturut serta oleh makcik kami dari singapore. mak unggal. dia memang close dangan family kami. kalau kami adik beradik nak tunang ke kawen ke..dia la yang bersusah payah bawak macam-macam dari singapore.
memula sampai laketown bukit merah ni..kami terpinga-pinga tak tahu nak tuju mana.. sebab orang ramai sangat. tak bertujuan nak mandi/main air pun. jadi kami mencari aktiviti yang boleh di buat. akhirnya kami putuskan untuk pergi tengok orang utan di pulau. so nak pergi pulau kena la naik bot.

nak pergi naik bot. budak kecik tu happy je dia

ayah beli banyak mineral water. cuaca panas . risau kat pulau takde air nak minum.
maka..kami pun naik la bot

adik-adik perempuan saya

mulut dia yang paling bising. asik tiup wisel yang kat jaket tu.
ni mama budak kecik tu..
kami ni tak la teruja pun naik bot. sebab dah selalu naik bot. sebab ayah ada bot kat kampung. selepas beberapa minit..sampai la kami ke perkampungan orang utan. kalau tak salah saya ini adalah satu-satunya perkampungan orang utan di semenanjung malaysia.

ni baby orang utan. pakai pampers lg.
yang ni dewasa dah. sorry.gambar tak jelas. dorang sedang kokah kelapa. kuat giler gigi dia. tempurung yang keras tu boleh kokah macam tu je.
yang ni paling otai kat pulau tu. apa ntah nama dia..lupa dah.
ingatkan dapat mengelilingi pulau. rupanya kat area depan tu je. hmm..oklah.kira puas hati jugak la sebab dapat tengok orang utan. dan dapat tahu juga serba sedikit pasal orang utan. cara dorang mengorat, habitat dorang, jangka hayat dorang dll. agak menarik.
sementara tunggu bot datang untuk ambil kami...sempat la saya beli souvenirs dari bukit merah

towel and keychain

lepas sampai ke daratan semula..kami naik ni



jadi dapat la tengok orang ramai main kat taman air. naik ni bayar berapa ntah.
 semuanya di sponsor oleh ayah.
lepas tu kami gi makan. kemudian pulang dengan hati yang girang. 
ayat macam karangan sekolah sey..

sekejap je masa berlalu. untuk tahun 2013..ada juga kami buat family day. tapi tak ramai yang join.
nanti akan di ceritakan untuk entri yang lain pulak.
tahun 2014 ni..mak cakap aritu nak buat berkumpul dekat perak lagi. seronoknye!!!


nasib bek ada setting tarikh dekat camera..kalau tak tak tahu berapa haribulan gi bukit merah. ^_^

Thursday, 16 January 2014

Fakta Menarik Tumbuhan Alfafa



Alfalfa (Medicago sativa.L) adalah tumbuhan dari keluarga kacang polong (Fabaceae). Tumbuhan ini bewarna hijau gelap (evergreen),  berumur hingga 4-8 tahun tetapi dapat hidup lebih dari dua puluh tahun, tergantung pada varietas dan iklim. Tumbuhan ini dapat mencapai ketinggian satu meter dan memiliki sistem perakaran yang dalam, kadang-kadang boleh mencecah sehingga lebih dari 15 meter. Hal ini membuatnya sangat tangguh.





inilah pokok alfafa..cantikkan bunga dia. dah la berkhasiat boleh juga buat pokok hiasan.

Kegunaan

  • Alfalfa adalah nama Arab yang bererti “ayah dari segala makanan”. Alfalfa dianggap sebagai suplemen gizi dan tonik umum. Akar tanaman alfalfa mengandung banyak nutrisi dan mikronutrien dalam konsentrasi tinggi (terutama bila dibandingkan dengan sebagian besar sumber makanan lainnya). Selain kaya dengan zat besi dan kalsium (yang tidak mengganggu satu sama lain seperti pada makanan suplemen), akar alfalfa juga mengandung vitamin C, vitamin A, vitamin E, vitamin K dan banyak mikronutrien.
 
  • Daun alfalfa memiliki spektrum nutrisi yang luas, termasuk jumlah besar trace mineral, protein, vitamin, serat, dan klorofil, yang berfungsi sebagai antioksidan dalam aliran darah.

  • Bahan kimia dalam alfalfa yang disebut saponin dapat menurunkan kolesterol darah, dengan sifat unik yang mencegah pengumpulan kolesterol di dalam dan sekitar dinding arteri. Hal ini secara tidak langsung berperanan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
 
  • Dari zaman dahulu, tanaman alfalfa telah digunakan untuk memberikan bantuan kepada penderita asma dan penyakit pernafasan lain.
 
  • Alfalfa bila diminum dengan teh mint sangat bermanfaat bagi sistem pencernaan dan efektif untuk menghilangkan masalah pencernaan yang meliputi mual, sakit perut, gastrik dan gangguan pencernaan. Selain itu, alfalfa juga dapat membantu meningkatkan selera makan.
 
  • Alfalfa dikenal memiliki sifat detoksifikan. Dengan mengambil atau pengamalkan secara teratur tumbuhan ini, anda akan dapat membersihkan tubuh dari racun-racun berbahaya.
 
  • Alfalfa dapat membantu dalam pencegahan kanser. Hal ini sebagian besar karana kandungan asam amino yang disebut canavanine dan kemampuannya untuk mengikat karsinogen dalam usus besar.
 
  • Daun alfalfa mengandung fitoestrogen yang dapat bermanfaat dalam menopause dan menyusui. Alfalfa diketahui membantu meneutralkan tanda-tanda dan gejala menopause.  Banyak keluhan kehamilan yang dapat diatasi dengan penggunaan tablet alfalfa seperti morning sickness, mulas, sembelit dan anemia (dengan berbagai komplikasinya). Alfalfa menyediakan sumber vitamin K bagi ibu hamil, sehingga mengurangi perdarahan postpartum dan mengurangi risiko gangguan perdarahan pada bayi. Alfalfa juga mendukung keberhasilan dalam menyusui karana meningkatkan produksi air susu ibu (ASI). Hal ini juga berlaku pada haiwan ternak. Pemberian Alfalfa kering pada kambing meningkatkan produksi susu mereka sebesar 50%.
 
  • Alfalfa dapat digunakan secara eksternal sebagai ubat kerana gigitan serangga untuk mengurangi inflamasi dan infeksi.

sumber :  http://majalahkesehatan.com/fakta-menarik-tumbuhan-alfalfa/


hebatkan tumbuhan alfafa ni. 
kat malaysia saya tak tahu mana nak cari tumbuhan ni. rasanya kalau ada dah lama dikomersialkan.
tapi jangan risau sebab kita masih boleh dapat manfaat dr tumbuhan alfafa ni.
sebab semuanya terkandung dalam Alfafa Shaklee


sebenarnya banyak lagi manfaat alfafa
 yang boleh kita perolehi selain dari yg disebut dari petikan majalah tu.
kan dia ada sebut " memiliki sifat detoksifikan". haa..means..kalau nak kurus memang sesuai la. sebab kalau nak kurs kita memang kena detox.
(detox = membuang)

kalau korang berminat untuk mendapatkan segala manfaat alfafa.
boleh hubungi saya.
kerana saya adalah pengedar shaklee
SID: 1097735
Tel/sms/whatsapp : 017-7556745


Monday, 13 January 2014

Air Terjun Niagara Beku

Cuaca sejuk melampau di bahagian utara tengah Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu lalu mula melanda bahagian timur negara ini, dengan suhu di sesetengah negeri dilaporkan jatuh sehingga mencecah paras -62 darjah celsius.



 

Keadaan itu mengakibatkan cuaca di wilayah Midwest dan timur AS dilaporkan jauh lebih sejuk berbanding benua Antartika, semalam.
Cuaca beku bersejarah itu mengakibatkan lebih 3,700 penerbangan kebanyakannya membabitkan penerbangan dalam negeri dibatalkan, kelmarin dan dijangka berterusan hingga hari ini membabitkan bandar Chicago, Cleveland, New York dan Boston.

Kira-kira 1,200 penerbangan di dua lapangan terbang di Chicago turut dibatalkan, semalam ekoran keadaan sejuk melampau di seluruh negeri ini.
 
 
NIAGARA FALLS SUDAH BEKU
 
AIR TERJUN NIAGARA FALLS terkenal dunia setinggi 178 kaki yang ditebingi AS dan Kanada turut membeku tatkala Amerika dan Kanada dilanda musim sejuk paling sejuk sejak 40 tahun. 

Di sesetengah tempat suhu mencecah -50 darjah celcius. Berikut disiarkan gambar NIAGARA FALLS dalam keadaan beku.



Hebat ciptaan Allah swt.
Air terjun yang tinggi dan deras ini..boleh beku.
teringin nak tengok depan mata keindahan ciptaan Tuhan ini.

Sunday, 12 January 2014

Kurus dan sihat

Semua orang nak cantikkan. kalau nak cantik..sure la kena kurus. ye tak? 
ada juga yang berbadan besar..tapi masih nampak cantik. 
berbadan besar dengan gemuk..berbeza ok.

ok..kali ni saya nak share produk asas untuk kita kurus, langsing dan sihat.


Detoks (Fiber/herblax) + Protin (Cinch Shake or Energizing Soy Protin (ESP) + Lecitin 
 
 

1.Kenapa protein? Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


2.Kenapa kene detoks?Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)... tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..)


3.Kenapa perlu Lecitin?: ..berfungsi untuk memecahkan lemak2 ...Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn..


 Untuk detoks, anda boleh pilih samada nak Fiber atau Herblax. ikut budget anda. Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya :..Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.


saya ahli shaklee yang berdaftar
ID : 1097735
sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp 017-7556745 

Saturday, 11 January 2014

Kenali Diri

salam pembaca semua..

oh..sangat tak syok tengok blog yang simple macam ni.
kalau blog lama..saya siap letak lagu sentimental lagi hehe..jadi perasaan pembaca akan tenang bila membacanya. kalau pembaca tak suka pun...saya tetap suka. mihmihmih...

kenapa 'ku menulis'
oklah...sebenarnya saya pun tak ada sebab tertentu kenapa saya telah nama 'ku menulis' untuk blog ini. mungkin dah tiba masa kot..saya catat semua perjalanan hidup saya sementara otak saya masih ingat semua kenangan. esok-esok..kalau saya dah tak ada kat alam dunia ni...mungkin boleh jadi kenangan kepada mereka-mereka yang kenal saya.

saya kidal..jadi saya google gambar orang kidal menulis. ^_^

Tahun ni usia saya masuk 33. dah hampir 6 tahun berkahwin. masih berdua. 
 ramai sangat tanya soalan "bila nak ada anak?" , "kenapa tak ada anak lagi?", ""tak ada anak lagi ke?"
"anak berapa orang?"
tipu la kalau saya kata saya tak terasa langsung dengan pertanyaan2 itu. kadang-kadang rasa nak marah pun ada. rasa sedih pun ada. yang paling nyata..rasa tension la kan. 
tapi tak pe...saya positifkan mind saya..mungkin mereka yang bertanya tu sebab mereka prihatin dengan saya. Alhamdulillah.
yang paling-paling tension bila ada orang cakap dengan saya "hang merancang ke?. jangan rancang-rancang la..." o ooiii..saya memang merancang ok. saya merancang nak anak cepat. saya juga merancang nak anak ramai. kalau boleh hari ni kawin..esok dapat anak. hehe.. ha! hebat tak saya punya rancang.
tapi saya tahu...dan suami saya selalu cakap dengan saya .. "Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah lebih tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. jangan paksa Allah berikan apa yang kita nak. sebab apa yang kita nak..belum tentu baik untuk kita." Alhamdulillah suami saya sangat positif.

saya orang Johor. anak jati Johor. Time study dulu selalu berangan nak kawin dengan orang utara. tapi masa tu cuma terfikir Perlis dengan Kedah je. paling dream..orang Kedah la. sebab Kedah ada sawah. berangan nak jalan tengah-tengah sawah sambil pegang tangan suami. 

berangan nak dapat mertua yang ada rumah tengah2 sawah macam ni. mihmihmih..


Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Saya kawin dengan orang Perak. Alhamdulillah. ada sawah jugak kat area Kuala Kangsar tu. walaupun tak luas macam kat Kedah. bila pertama kali suami ajak saya pergi rumah kak ipar kat Kuala Selangor, saya teruja sangat-sangat..dapat tengok pemandangan sawah padi di depan mata. saujana mata memandang. seronok sangat dapat tengok sendiri keindahan bumi Tuhan ini. dan yang paling best..kak ipar tu memang ada tanah sawah sendiri. jadi segala impian dan berangan tu jadi kenyataan.

dengan kak ipar saya..nama dia kak Gee.


Hebatkan kuasa otak? kalau kita selalu fikir dan kita mengarahkan otak kita untuk capai target tu..akhirnya kita akan dapat capai apa yang kita nak. walaupun tak 100%..tapi sekurang-kurangnya 90% kita dapat capai. 
Jadi kalau kita selalu  fikir kita nak berjaya..akhirnya kita akan berjaya kerana otak kita akan mengarahkan kita untuk lakukan perkara yang boleh jadikan kita orang berjaya.

Semoga kita semua berjaya didunia dan akhirat 
^_^

Friday, 10 January 2014

salam pembaca

Assalamualaikum

hai semua...
sebenarnya saya sangat minat menulis.. banyak benda saya nak share.
tapi..bila di depan komputer..saya tak tahu apa atau ayat apa yang sesuai untuk saya guna bagi menerangkan apa yang perlu saya ceritakan. pendek cakap "blur".
sebelum ini saya dah ada blog. nama blog tu.. 'pelangi petang'. tapi disebabkan saya lupa email dan password yang digunakan..saya decide untuk buat blog baru lor... lagi senang. tak yah nak fikir-fikir dah apa email and passwordnya.
blog lama...saya banyak share pasal bunga. sebab satu ketika dulu..saya sangat teruja dengan bunga. sekarang pun masih teruja..tapi tahap teruja tu macam dah menurunlah sikit. tapi..jangan ajak saya pergi nurseri. memang akan berseri-seri la muka saya sebab teruja tengok bunga yang cantik-cantik.

untuk tajuk akan datang...saya akan cerita serba sedikit pasal diri saya.

salam...