Sunday, 14 September 2014

Kandungan 28 minggu

begitu pantas masa berlalu. aritu bgtau suami yg usia kandungan saya dah 7 bulan. suami kata.."cepatnya masa berjalan. dah dekat nak bersalin". memang pun..saya pun rasa mcm tu. masa memula cek upt kat klinik dulu..usia kandungan 5 minggu..saya rasa lambatnya nak jejak 28 minggu.  bila dah 28 minggu ni..saya rasa masa mcm pantas plak berjalan. next week dah masuk 29 minggu. maknanya lebih kurang 11 minggu je lagi. rasa berdebar la plak.

lepas saya disahkan ada GDM/ kencing manis semasa mengandung.. kena la buat BSP 2 minggu sekali. sebab busan asik gi klinik..beli alat cek darah sendiri. hypoo la plak sbb bacaan around 4.0-3.3. so..masa dah 24 week tu doctor suruh stop buat bsp. tapi katanya minggu 28 kena minum air gula lagi. sbb doktor cakap bacaan aritu tak la tinggi sgt. 7.86. kalau normal utk org mengandung 7.0.  ok. baiklah doktor. suka la juga hati ni..sbb lepas sebulan baru dtg klinik semula. kalau tak 2 minggu sekali muka ni je la yg asik dtg klinik.

nak citer pergerakan bayi. masa kandungan saya masuk 4 bulan..saya dah rasa ada benda dlm perut. saya ingat..itu la gerakan bayi. tp..nurse cakap tu bukan gerak. tapi sedu. masa tu mcm tak nak caya je nurse tu cakap. eh! perut aku..aku tau la bayi tu gerak. haha... Rupanya menang betul nurse tu cakap. masa kandungan saya masuk minggu 20 atau 5 bulan..saya rasa 'sedu' dia mcm lain sket. bila dah masuk 6 bulan..time ni memang dah betol2 gerak. perut macam mengeras. dan rasa bonjol2 tulang kat perut. oh...ini la rasa gerakan baby yang sebenarnya. masa memula saya tersentuh perut yg membonjol tu..terasa keras tulang..saya takut juga. cepat saya alih tangan saya dari perut. sebab sangat terkejut. dlm masa yang sama..bonjolan tu pun..mcm terkejut jugak. hahaha. tapi sekarang ni..setiap hari menanti baby bergerak. kalau lambat gerak je hati rasa risau. nurse pun dah suruh tick pergerakan baby dlm buku pink. 


gambar dari google

masuk 7 bulan ni..dah start rasa sakit pinggang. duduk lama sket sakit pinggang. baring lama sket sakit pinggang. tapi perot saya tak la besar sgt. adik ipar ckp mcm baru 4 bulan. mak mertua pun ckp..eh..perot tak nampak. laa..bukan aritu masa 4 bulan..mak cakap perot ica beso ke? jumpe makcik2 kat klinik pon tnya..dah berapa bulan. bila ckp 7. dorang kata tak nampak perot. haha..sebenarnya,, yg jadi tak nampak..sebab saya ni jenis pakai baju besar.  lepas tu..tudung saya pakai..saya labuhkan hingga ke pusat. jadi tercover la perut yg tak berapa nak besar ni.

tapikan...kelmarin nurse cek panang baby 30 cm. memula ukur 35cm. nurse sendiri macam terkejut. ukur lagi..jd 33cm. dia tak puasa ati..panggil kwn dia..kwn dia ukur..30cm. tu pun dah dikira besar. sebab..sepatutnya kalau 28 minggu..ukurannya 28 cm. tu yg buat saya risau. memang ramai cakap..kalau perot kecik biasanya baby besar. kalau perot besar...biasanya baby kecik. harap2 anak umi tak besar sgt. biar mudah umi nak keluar nanti.

lepas dah jumpe nurse..kena jumpe doktor plak. bila doktor scan..mintak doktor tengokkan jantina. tp doktor kata tak nampak plak. tak kisah la tak nampk. lagipun dah beli barang..semuanya dengan color yg selamat. putih!. tp..yang tak bestnya..bila doktor cakap.."uri awak dekat bawah. tapi masih tak tutup laluan. jangan risau..2 minggu lagi saya scan lagi"  bila doktor dah ckp macam tu..hati sangat la risau. tak nak czer! terus teringat mak mertua kne czer anak dia yg last..sbb uri kat bawah. laluan tertutup. 1 bulan dia dok kat spital ipoh sbb doktor takot berlaku pendarahan. 

bila balik rumah.. citer kat suami. suami terkejut dan mula risau. saya mintak dia buat solat hajat dan doa minta pada Allah agar saya dan baby selamat. saya juga google bahaya2 uri dibawah. lagi la rasa risau. malam tu call mak kat johor. ngadu nasib diri. bila hal macam ni terjadi..saya rasa macam umur saya tak panjang. takut sangat. semoga Allah permudahkan segala urusan saya.

No comments:

Post a Comment