Sunday, 15 June 2014

Suami Teman Terbaik

Assalamualaikum

Ketika ini saya berada di kampung halaman sendiri..Kota tinggi, Johor. balik sendiri..naik bus. suami tolong hantar kat station bus amanjaya ,ipoh. dah dekat 7 hari berjauhan dengan suami. rindu sangat dekat suami. sebenarnya masuk hari kedua saya kat sini..saya dah rindu sangat kat dia. sampai termimpi2 dia tidur sebelah saya. 

banyak perkara yang nak saya kongsikan dengan dia. sebab dia je yang faham emosi dan perasaan saya. saya cuba bercerita dengan org lain..tp..mereka tak faham..apa tujuan kita bercerita. nampaknya segala kedukaan, kegembiraan, kesakitan, keperitan yang saya rasa, alami..tidak boleh saya ceritakan. dunia memang macam tu kan.
tengok je la macam kat facebook..bila orang selalu share gambar dia dengan anak dia..kita kata..macam dia sorang je anak anak. bila mereka share gambar barang2 berjenama..kita kata dia cuba tunjuk lagak. sedangkan..mereka cuba untuk berkongsi kegembiraan dia dengan orang lain. tp kita selalu salah ertikan. 


gambar kat atas ni..saya ambil dari google. tapi saya tambah lirik lagu 'curang'. minta maaf pada pemilik gambar ini.

rasanya..mungkin selepas ini..saya akan lebih berhati2 untuk bercerita kegembiraan, kesedihan atau apa2 je perasaan saya kepada orang lain. termasuk adikberadik sendiri. kerana bimbang akan disalah ertikan. mungkin lepas ini..saya akan lebih banyak luahkan di blog ini. sebab saya tahu..blog saya ni..bukan ada pengunjung pun. biarlah ia menjadi diari cacatan hati saya.

ketika ini..saya akan rindukan suami saya..

Tuhan..berikan aku kekuatan..
tidak terlawan..di pukul resah perasaan..

No comments:

Post a Comment