Assalamualaikum
sekarang saya dah kembali disisi suami di Perak. happy sangat sebab boleh luah semua perasaan dan bercerita dan bercerita dan bercerita. ^_^
kali ni nak cerita pasal gangguan2 semasa mengandung. bukan la gangguan dari mahluk halus or jin ke apa. tapi nak cerita gangguan2 or masalah semasa mengandung.
sepatutnya sebelum balik perak haritu..saya kena jumpa doktor kt KK Sening utk review kes BP saya tu. tapi hari tu ramai sangat org yang kena jumpe doktor. nurse tu suruh saya datang keesokkan harinya. tapi sbb saya nak balik perak..saya kena jumpe doktor kat perak lusanya. tak sangka petang rabu tu jugak nurse dari perak call tanya pasal appointment saya dengan doktor. jadi memang nurse suh datang hari lusa tu la, jumaat.
pagi jumaat tu..saya macam biasa senang hati je kalau nak ke klinik. lepas ambil nombor..gi makmal utk test urine. biasanya lepas dpt result makmal..saya teruja nak tgk samana negatif ke or ada masalah. hari tu..tak tengok plak. ingatkan macam biasa je 'negatif' . pass buku pink kat nurse.. nurse cakap..air kencing saya ada kandungan gula! dan kencing kotor! terus rasa macam... eh! apa penyebab kencing kotor semua ni. time tu..fikir baby. je. sbb balik johor aritu..tengok anak sedara yang baru lahir tu..mata dia asik bertahi. nurse sana kata sebab ibunya kencing kotor.
tak nak la..anak saya pun macam tu. kesian dia nanti. saya tanya nurse..apa menyebab kencing kotor? nurse kata.. kalau macam 1.++ macam tu..maknya tak kritikal. mungkin sebab kurang minum air masak. atau baru lepas bersama dengan suami..dan cuci tak berapa bersih. kalau result 3.++ macam tu..mungkin ada masalah kelamin.
jadi saya tak risau la sbb result saya 1.++. mungkin sebab semalamnya dalam bus tu..saya kurang minum. memang kurang minum pun. sebab kalau minum banyak nanti asik nak terkencing. bus bukan nak berenti banyak kali pun.
jadi disebabkan kencing kotor dan ada kandungan gula dalan urine...saya kena minum air gula awal. next week kena datang klinik utk minum air gula. nurse yg serve saya tu kata.." memang biasa mengandung sulung ni memang banyak gangguan. jadi memang kena jaga betul2. kalau ambil tak kisah..makan ikut suka..makan pun yang manis2..memang banyak la gangguan2 tu".
oklah stop dulu. nak gi kenduri kawen. daaa
Saturday, 21 June 2014
Sunday, 15 June 2014
Suami Teman Terbaik
Assalamualaikum
Ketika ini saya berada di kampung halaman sendiri..Kota tinggi, Johor. balik sendiri..naik bus. suami tolong hantar kat station bus amanjaya ,ipoh. dah dekat 7 hari berjauhan dengan suami. rindu sangat dekat suami. sebenarnya masuk hari kedua saya kat sini..saya dah rindu sangat kat dia. sampai termimpi2 dia tidur sebelah saya.
banyak perkara yang nak saya kongsikan dengan dia. sebab dia je yang faham emosi dan perasaan saya. saya cuba bercerita dengan org lain..tp..mereka tak faham..apa tujuan kita bercerita. nampaknya segala kedukaan, kegembiraan, kesakitan, keperitan yang saya rasa, alami..tidak boleh saya ceritakan. dunia memang macam tu kan.
tengok je la macam kat facebook..bila orang selalu share gambar dia dengan anak dia..kita kata..macam dia sorang je anak anak. bila mereka share gambar barang2 berjenama..kita kata dia cuba tunjuk lagak. sedangkan..mereka cuba untuk berkongsi kegembiraan dia dengan orang lain. tp kita selalu salah ertikan.
gambar kat atas ni..saya ambil dari google. tapi saya tambah lirik lagu 'curang'. minta maaf pada pemilik gambar ini.
rasanya..mungkin selepas ini..saya akan lebih berhati2 untuk bercerita kegembiraan, kesedihan atau apa2 je perasaan saya kepada orang lain. termasuk adikberadik sendiri. kerana bimbang akan disalah ertikan. mungkin lepas ini..saya akan lebih banyak luahkan di blog ini. sebab saya tahu..blog saya ni..bukan ada pengunjung pun. biarlah ia menjadi diari cacatan hati saya.
ketika ini..saya akan rindukan suami saya..
Tuhan..berikan aku kekuatan..
tidak terlawan..di pukul resah perasaan..
Wednesday, 4 June 2014
Berat badan naik mendadak semasa mengandung
pagi ini saya lengkapkan lagi lawatan saya ke klinik kesihatan (KK) Lawin. selalunya kalau gi klinik pukul 9pagi baru saya bersiap2. dalam 9.30 atau 10 baru sampai klinik. tapi hari ni saya memang dah cakap banyak kali dengan suami..sebelum pukul 8 lagi saya nak terpacak kat depan klinik. hehe..tapi kul 8.15 gak baru sampai klinik. cakap beria2. tp lambat juga. saya la tu yg lambat..7.30 bagu terkedek2 nak gi mandi. saya bersiap dengan penuh ceria. siap menyanyi2 kecil lagi [drama]. dengan harapan..hb semua ok. batuk saya pun dah ok. mual muntah loya semua dah boleh katakan takde. jadi happy la.dengan harapan baby kat dalam pun ok dan sihat.
sampai2..tengok orang tak ramai..ambil nombor..dapat nomor 8. mesti cepat la ni. tgk..nombor pun bilik doktor tak panggil lagi. ada seorang orang mengadung sebelum saya. ok tu. tak perlu tunggu lama. sampai giliran nurse panggil utk timbang. lepas timbang..masuk bilik. tup2..dia bgtau berat saya 60.2kg. alamak! 2kg naik dalam masa 2 minggu. omaigod! saya risau gak kalau kena bebel ke apa. cepat2 saya bagitau saya sentiasa rasa lapar. kalau tak makan nanti muntah. tp nurse tu baik je. ramah lagi. siap bercerita yg dia pun masa mengandung macam tu. dia bgtau la saya kemungkinan2 kalau berat naik mendadak ni. antaranya
disebabkan kenaikkan berat badan yang mendadak tu. 2 hari sekali saya kena gi klinik utk cek air kencing dan tekanan darah. hari ahad pun kena pergi! aduiii..busannya kena gi klinik selalu.sedangkan 2 minggu sekali ni pun..rasa mcm dah busan. hahaaa.
lepas nurse bagi ceramah dan bercerita. time cek perut plak. dia tekan2 perut saya. dia kata..buat relak. dah relak da. rupanya dia rasa perut saya keras. dia cakap baby saya macam besar. macam tak padan dengan usia 14 minggu. siap tanya saya banyak kali..dah rasa gerak belum. dia cakap kalau 14 minggu bawah pusat lagi. tp ni dah macam atas pusat sikit. saya jadi risau. dalam hati berdoa supaya baby ok. nurse ambil alat ape ntah. dia tekan2 perut saya dgn alat tu. saya tnya. alat ape tu? nurse cakap 'ni untuk dengar jantung baby'. terus saya teruja. teruja sangat nak dengar bunyi jantung baby saya. tapi tak dengar pun. agak kecewa di situ. saya pun cakap kat nurse..mungkin perut keras sebab makan banyak. nurse kata ada kemungkinan. sebab tak dengar lagi bunyi jantung baby..dia kata..mungkin kat bawah lagi ni. rasa lega sikit.
tapi nurse kata perkara tu tak pelik sangat. jadi saya pun ignore je lah. lepas tu balik. sementara tunggu suami datang ambil. saya call kak ngah saya yang tengah ngandung gak tu. kak ngah dah 28 minggu. call dia nak tnya kalau dia pernah hadapi masalah yang sama. masalah berat naik banyak ni. dia cakap dia pun pernah masa awal2. tapi sekali tu je. pastu dah ok. kakak cakap takde ape..cuma cek air kencing dgn tekanan darah je. jadi saya lega sikit la dengar kan. tak la risau sangat dengan cerita nurse tu yg ada kes kat lenggong ibu mengandung kena sawan. ngggeee...ngeri. minta di jauhkan.
![]() |
| sumber gambar: google |
- akan dapat kencing manis semasa mengandung - mungkin berat naik mendadak sebab air ketuban banyak. air ketuban banyak tu..maknanya kita ada kencing manis.
- tekanan darah tinggi - boleh menyebabkan sawan mengandung. bila kena sawan ni. kemungkinan baby akan mati dalam perut.
- kena minum air gula awal - ditakuti ada kencing manis le tuuu.. (ramai cakap minum air gula ni sesuatu yg mengerikan..jadi saya pun turut ngeri)
disebabkan kenaikkan berat badan yang mendadak tu. 2 hari sekali saya kena gi klinik utk cek air kencing dan tekanan darah. hari ahad pun kena pergi! aduiii..busannya kena gi klinik selalu.sedangkan 2 minggu sekali ni pun..rasa mcm dah busan. hahaaa.
lepas nurse bagi ceramah dan bercerita. time cek perut plak. dia tekan2 perut saya. dia kata..buat relak. dah relak da. rupanya dia rasa perut saya keras. dia cakap baby saya macam besar. macam tak padan dengan usia 14 minggu. siap tanya saya banyak kali..dah rasa gerak belum. dia cakap kalau 14 minggu bawah pusat lagi. tp ni dah macam atas pusat sikit. saya jadi risau. dalam hati berdoa supaya baby ok. nurse ambil alat ape ntah. dia tekan2 perut saya dgn alat tu. saya tnya. alat ape tu? nurse cakap 'ni untuk dengar jantung baby'. terus saya teruja. teruja sangat nak dengar bunyi jantung baby saya. tapi tak dengar pun. agak kecewa di situ. saya pun cakap kat nurse..mungkin perut keras sebab makan banyak. nurse kata ada kemungkinan. sebab tak dengar lagi bunyi jantung baby..dia kata..mungkin kat bawah lagi ni. rasa lega sikit.
tapi nurse kata perkara tu tak pelik sangat. jadi saya pun ignore je lah. lepas tu balik. sementara tunggu suami datang ambil. saya call kak ngah saya yang tengah ngandung gak tu. kak ngah dah 28 minggu. call dia nak tnya kalau dia pernah hadapi masalah yang sama. masalah berat naik banyak ni. dia cakap dia pun pernah masa awal2. tapi sekali tu je. pastu dah ok. kakak cakap takde ape..cuma cek air kencing dgn tekanan darah je. jadi saya lega sikit la dengar kan. tak la risau sangat dengan cerita nurse tu yg ada kes kat lenggong ibu mengandung kena sawan. ngggeee...ngeri. minta di jauhkan.
Monday, 2 June 2014
ALLAH Maha Berkuasa. ALLAH Maha Besar.
Assalamualaikum.
dah lama sangat saya nak buat entry ini. tapi..asik tertunda2. antara sebabnya malas, tak berani, takde idea utk buat ayat yang sesuai. ini pun dari pagi saya ngadap komputer. tp..asik berfikir dan berfikir apa tajuk yang sesuai untuk entry kali ini.
sebenarnya masih takde kekuatan..keberanian utk beritahu dunia apa yang berlaku kepada saya. tapi..bila fikir makin banyak peristawa/perkara yang saya akan lupa untuk dicatatkan dalam blog ini..akhirnya saya buat juga entry ini. bahasa melayu saya memang cukup2 makan je masa SPM..jadi ayat atau jalan cerita yang saya akan ceritakan ni..memang akan berterabur dan ayat terbelit2. harap tak la membuat pembaca pening.
setelah 6 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama lelaki pilihan hati dan pada usia menjangkau 33 tahun..saya disahkan hamil! Alhamdulillah. syukur sangat. dan rasa sangat takjub dengan kekuasaan Allah. Dia Maha Berkuasa.
sebelum saya dapat tahu yang diri ini hamil...saya rasa nak makan sesuatu yang masam. saya ni pengemar tomyam. jadi saya buat la tomyam. tapi saya rasa tomyam yang saya buat tu tak cukup masam. esok2nya ajak suami gi makan kat luar. saya order tomyam. tp pun masih tak dapat masam yang saya mahukan. tekak ni masih rasa sesuatu yang perlu saya hilangkan. (tak tahu pun masa tu..tu rasa macam nak loya). tetiba teringat segala tomyam2 yang saya pernah makan sebelum ini. terutamanya tomyam yang saya makan masa pergi betong,thailand dulu. ye la..tomyamkan berasal dari thailand. jadi saya memang berharap sgt dapat makan the real tomyam. ada 1 hari tu..saya tertidur diwaktu pagi! dalam pukul 8-10am macam tu. saya sendiri macam pelik dengan diri sendiri. sedangkan saya bukan jenis yang tidur pagi2 ni. walaupun takde ape nak buat..saya tak pernah tidur depan tv diwaktu pagi. esoknya..saya jd kerap muntah. muntah air. badan jadi tak larat la..sebab asik muntah. suami syak saya mengandung. "abang rasa ica pregnant la". hmm...baru saya pun terfikir perkara yang sama. tapi tak mengharap sangat. sebab saya ni memang selalu jugak la diserang muntah2/loya2 sebelum2 ini. (mcm cerita ombak rindu..izzah diserang muntah2/loya2 time period. hehe..tetiba ombak rindu plak). pagi tu suami pergi pekan gerik..ada urusan. jadi saya kirim suh beli pregnant tester. saya suh beli 2. selalunya saya memang standby pregnant tester kat rumah. kalau period mai lambat saya test la. dan selalunya kecewa.(period saya tak menentu. kadang lambat kadang cepat). saya kirim sekali beli makanan kat luar sebab saya memang tak larat nak masak. kirim jugak suh beli 'asam kecut' sebab tekak saya rasa sangat loya. hari itu 5/4/2014. hari jumaat. bila suami saya gi solat jumaat..saya baru la nak gi mandi. tapi rasa tak sabar pulak nak buat urin test.patutnya tunggu pagi esok. dalam keadaan tak larat tu..saya ambil 1 pregnant tester tu. saya duduk kat kerusi meja makan. saya genggam..dan dalam masa yang sama saya berdoa.. "Ya Allah, Engkau Maha Berkuasa. semoga aku mengandung. semoga positif. jangan negatif. semoga ada 2 line" sambil berderai air mata.
saya pun melangkah kebilik air. saya buat urin test. bila saya titikkan urin kat tester tu..saya tengok cepat je line pertama tu merah..dan terus berharap line kedua pun akan merah. berdebar2 nak tunggu line kedua tu merah. dalam hati berdoa..'mintak2 line kedua merah' dan terus line kedua pun merah dengan jelasnya!
terus saya menangis. mengigil2 saya pengang tester tu. rasa syukur sangat2. sebelum ni ntah dah berpuluh2 kali buat urin test. tapi tetap 1 line. jadi bila 2 line ni..rasa macam tak percaya. otak saya kata..'tester tu rosak kot. ntah2 dah expired ke'. cepat saya tgk expired date tester tu. 2 tahun lagi. 'ntah2 tak betul kot sebab buat dah petang.'
lepas bersihkan diri..tak sabar tunggu suami balik dari solat jumaat. time tu saya terus belek2 pregnant tester tu. baru saya terfikir. 'eh! line pertama tu la result. line kedua tu..memang akan merah bila kena urin. bukan ke selama ni aku memang berharap line pertama tu merah'. tergelak dalam hati. bila suami balik..cepat2 saya tarik tangan dia. dia macam heran la..sebab muka saya sedih. saya tunjukkan alat tester tu. dia tercengang2. tak faham. padahal sebelum2 ni selalu je saya tunjuk yg 1 line tu. saya tunjukkan sampul tester tu. dia tengok. "abang tak faham. mengandung ke ni?" saya angguk. terus dia capai tangan dan cium tangan saya. makin lebat air mata saya. "lepas ni orang tak boleh mengata abang lagi" kesian suami..dia selalu kena perli dengan kawan2 dan pakcik2 kat felda ni. tapi dia hadam je sorang2. saya tak mampu berkata apa2. hanya menangis. suami gembira dan peluk saya. dia tnya kenapa saya nangis...saya kata..takut alat tu tak betul. suami cakap.."takpe..esok pagi test lagi. nanti kita confirmkan kat klinik".
sepanjang hari tu..saya hanya bersedih. tak tahu nak kata..sedih sbb sedih..atau sedih sebab gembira. bercampur baur.
esok paginya saya bangun terus buat urin test lagi. masih 2 line. tapi hati berkata..jangan berharap sangat. walaupun sebenarnya sangat berharap. tak sabar nak share dengan adik beradik dan mak. tapi hati saya kata...nanti dulu..tunggu confirm dari klinik dulu baru bagitau diaorang. haritu sabtu. jadi kena tunggu isnin untuk pergi klinik kesihatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


