salam pembaca semua..
oh..sangat tak syok tengok blog yang simple macam ni.
kalau blog lama..saya siap letak lagu sentimental lagi hehe..jadi perasaan pembaca akan tenang bila membacanya. kalau pembaca tak suka pun...saya tetap suka. mihmihmih...
kenapa 'ku menulis'
oklah...sebenarnya saya pun tak ada sebab tertentu kenapa saya telah nama 'ku menulis' untuk blog ini. mungkin dah tiba masa kot..saya catat semua perjalanan hidup saya sementara otak saya masih ingat semua kenangan. esok-esok..kalau saya dah tak ada kat alam dunia ni...mungkin boleh jadi kenangan kepada mereka-mereka yang kenal saya.
![]() |
| saya kidal..jadi saya google gambar orang kidal menulis. ^_^ |
Tahun ni usia saya masuk 33. dah hampir 6 tahun berkahwin. masih berdua.
ramai sangat tanya soalan "bila nak ada anak?" , "kenapa tak ada anak lagi?", ""tak ada anak lagi ke?"
"anak berapa orang?"
tipu la kalau saya kata saya tak terasa langsung dengan pertanyaan2 itu. kadang-kadang rasa nak marah pun ada. rasa sedih pun ada. yang paling nyata..rasa tension la kan.
tapi tak pe...saya positifkan mind saya..mungkin mereka yang bertanya tu sebab mereka prihatin dengan saya. Alhamdulillah.
yang paling-paling tension bila ada orang cakap dengan saya "hang merancang ke?. jangan rancang-rancang la..." o ooiii..saya memang merancang ok. saya merancang nak anak cepat. saya juga merancang nak anak ramai. kalau boleh hari ni kawin..esok dapat anak. hehe.. ha! hebat tak saya punya rancang.
tapi saya tahu...dan suami saya selalu cakap dengan saya .. "Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah lebih tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. jangan paksa Allah berikan apa yang kita nak. sebab apa yang kita nak..belum tentu baik untuk kita." Alhamdulillah suami saya sangat positif.
saya orang Johor. anak jati Johor. Time study dulu selalu berangan nak kawin dengan orang utara. tapi masa tu cuma terfikir Perlis dengan Kedah je. paling dream..orang Kedah la. sebab Kedah ada sawah. berangan nak jalan tengah-tengah sawah sambil pegang tangan suami.
![]() |
| berangan nak dapat mertua yang ada rumah tengah2 sawah macam ni. mihmihmih.. |
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Saya kawin dengan orang Perak. Alhamdulillah. ada sawah jugak kat area Kuala Kangsar tu. walaupun tak luas macam kat Kedah. bila pertama kali suami ajak saya pergi rumah kak ipar kat Kuala Selangor, saya teruja sangat-sangat..dapat tengok pemandangan sawah padi di depan mata. saujana mata memandang. seronok sangat dapat tengok sendiri keindahan bumi Tuhan ini. dan yang paling best..kak ipar tu memang ada tanah sawah sendiri. jadi segala impian dan berangan tu jadi kenyataan.
![]() | ||
| dengan kak ipar saya..nama dia kak Gee. |
Hebatkan kuasa otak? kalau kita selalu fikir dan kita mengarahkan otak kita untuk capai target tu..akhirnya kita akan dapat capai apa yang kita nak. walaupun tak 100%..tapi sekurang-kurangnya 90% kita dapat capai.
Jadi kalau kita selalu fikir kita nak berjaya..akhirnya kita akan berjaya kerana otak kita akan mengarahkan kita untuk lakukan perkara yang boleh jadikan kita orang berjaya.
Semoga kita semua berjaya didunia dan akhirat
^_^



No comments:
Post a Comment