Cuaca
sejuk melampau di bahagian utara tengah Amerika Syarikat (AS) pada
penghujung minggu lalu mula melanda bahagian timur negara ini, dengan
suhu di sesetengah negeri dilaporkan jatuh sehingga mencecah paras -62
darjah celsius.
Keadaan itu mengakibatkan cuaca di wilayah Midwest dan timur AS dilaporkan jauh lebih sejuk berbanding benua Antartika, semalam.
Cuaca beku bersejarah itu mengakibatkan lebih 3,700 penerbangan
kebanyakannya membabitkan penerbangan dalam negeri dibatalkan, kelmarin
dan dijangka berterusan hingga hari ini membabitkan bandar Chicago,
Cleveland, New York dan Boston.
Kira-kira 1,200 penerbangan di dua lapangan terbang di Chicago turut
dibatalkan, semalam ekoran keadaan sejuk melampau di seluruh negeri ini.
NIAGARA FALLS SUDAH BEKU
Di sesetengah tempat suhu mencecah -50 darjah celcius. Berikut disiarkan gambar NIAGARA FALLS dalam keadaan beku.
Hebat ciptaan Allah swt.
Air terjun yang tinggi dan deras ini..boleh beku.
teringin nak tengok depan mata keindahan ciptaan Tuhan ini.





No comments:
Post a Comment